Sunday 9 June 2013

Pulau

3. Pulau Perhentian

                                                               Pengenalan Pulau Perhentian


                                        




Pulau Perhentian sememangya destinasi yang mesti dikunjungi. Pulau ini terletak 21km dari pinggir pantai Terengganu dan terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Pulau Perhentian yang dilitupi hutan yang bersih, dan mempunyai pepohon kelapa , pantai yang putih dengan pasir yang halus dan dikelilingi air laut yang biru dan jernih merupakan tempat persinggahan nelayan, burung-burung yang berhijrah dan pelancong yang datang bercuti di sini.
 
         Lokasinya di pinggiran kawasan Taman Laut Pulau Redang bermakna perairan di sekitar pulau ini ditaburi terumbu karang dan menawarkan pemandangan bawah laut yang hebat untuk aktiviti menyelam skuba dan snorkeling. Lawatan bot ke pulau-pulau boleh diaturkan dan bot juga boleh disewa oleh pelancong yang ingin meneroka teluk-teluk yang terselindung. Pelancong yang gemarkan aktiviti meluncur papan air, belayar,  dan memancing laut dalam juga mesti berkunjung ke pulau ini.

 
       Antara dua pulau ini, Pulau Perhentian Kecil lebih sesuai untuk pelancong yang gemar aktiviti lasak. Di sini anda boleh mendapatkan pelbagai pilihan tempat penginapan dan makanan yang murah. Sebaliknya, Pulau Perhentian Besar, lebih membangun dan menawarkan kemudahan yang lebih selesa dan sempurna. Walaubagaimanapun, kemudahan calet, asrama dan tapak perkhemahan boleh di dapati di kedua-dua buah pulau ini.

Wednesday 5 June 2013

Pulau

2.Pulau Redang
Pengenalan Pulau Redang
 
 
                                          
 

 
      Pulau Redang yang terletak 45 km dari pinggir pantai Kuala Terengganu merupakan pulau terbesar dari gugusan sembilan buah pulau yang terlindung di Laut China Selatan.
Pulau ini mempunyai air laut yang jernih dan beraneka tapak selaman skuba bagi penggemar aktiviti menyelam. Perairan yang terlindung di sekitar Taman Laut Pulau Redang ini kaya dengan pelbagai jenis hidupan laut yang cantik dan menarik. 

       Pada waktu tengahari, apabila matahari bersinar terang menebusi air laut, kelihatan jelas terumbu karang yang beraneka jenis dan ikan-ikan yang berwarna-warni di Perairan di sekitar Pulau Redang juga mengandungi dua bangkai kapal karam : Kapal H.M.S. Prince of  Wales dan H.M.S. Repulse yang karam di sini sewaktu Perang Dunia Kedua yang membolehkan tentera Jepun menakluki Malaya.

       Pulau yang indah ini amat sesuai untuk aktiviti snokel, berenang, menyelam skuba, merentas hutan, menaiki bot . Oleh kerana Pulau Redang telah diwartakan sebagai Taman Laut, aktiviti memancing tidak dibenarkan dalam kawasan lingkungan sejauh 3.2 km dari pulau.
Pelawat juga dilarang mengumpul batu karang atau sebarang hidupan laut yang lain. Berjaya Resort di sini menawarkan kemudahan padang golf dengan persekitaran yang mempesonakan.

Pulau

1. Pulau Tioman

Pengenalan Pulau Tioman




       Pulau Tioman merupakan destinasi percutian yang paling mempersona di Laut China Selatan,pulau ini  terletak kira-kira 56 km dari pantai negeri Pahang. Pulau ini terkenal sebagai salah sebuah destinasi percutian pulau yang terhebat di dunia, Pulau Tioman pernah menjadi lokasi penggambaran filem muzikal antarabangsa 'South Pacific'  pada tahun 1959.

         Menurut cerita lagenda, pulau ini merupakan tempat tinggal puteri naga dongeng. Perairan yang suam dan jarak penglihatan yang tinggi di bawah laut menjadikan Pulau Tioman destinasi popular di kalangan penyelam. 

    Saksikan pemandangan yang mengagumkan termasuk karang lembut dan pelbagai bentuk hidupan laut yang indah. Penyelam berpeluang berenang disisi ikan yang besar, ikan Golden Striped Trevally, Bumphead Parrotfish dan kumpulan ikan Fusiliers.

      Terdapat beberapa buah perkampungan di sepanjang pantai di sekeliling pulau ini, antaranya Kampung Salang, Tekek, Genting, Paya dan Juara. Setiap kampung menawarkan suasana yang berbeza dan unik. Kawasan pedalaman Pulau Tioman yang berhutan juga menjadi tempat tinggal pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan kecil termasuk rama-rama, mengkarung, rusa dan monyet.

      Tumbuhan dan haiwan liar yang terdapat di Pulau Tioman juga pernah dipaparkan di dalam dokumentari National Geographic. Formasi batu granit yang membentuk pulau ini menjadikannya lokasi yang hebat untuk aktiviti memanjat batu. 

       Bagi mereka yang lebih berani, boleh mencuba memanjat tebing Gunung Nenek Semukut (juga bergelar Dragon's Horns). Berjaya Tioman Beach, menawarkan tempat penginapan yang mewah, berlatar belakangkan pemandangan bukit-bukau yang beralun.

Friday 31 May 2013

Tempat- Tempat Bersejarah

Perak


1.Kompleks Sejarah Pasir Salak, Kg. Gajah.



  • Terletak kira-kira 70 km dari Ipoh dan kira-kira 25 km dari Teluk Intan. Terdapat   beberapa tempat yang sesuai dilawati, diantaranya ialah Tugu Lela Rentaka, Kubu Dato' Maharaja Lela, Masjid Pasir Salak, Rumah Kutai, Kubur SiPutum, Memorial Pahlawan, Kubur J.W.W. Birch, Terowong Masa dan yang berkaitan dengan sejarah Pasir Salak.
  • Resort Percutian Pasir Salak mengandungi Bilik Penginapan Berhawa Dingin, Kolam Renang, Dewan Persidangan, Bilik Seminar dan Bengkel, Restoran Beraneka Makanan dan Riverside Gazebo.

     2.Makam Diraja Di Tebing Sungai Perak


     Menempatkan makam - makan raja terdahulu di sekitar tebing Sungai Perak.

     

     3.Kota Ngah Ibrahim, Larut Matang, Perak.

      

    Kota ni pada asalnya merupakan kediaman Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Ngah Ibrahim bin Jaafar, kemudiannya pada zaman pemerintahan British, tempat ni juga dah dijadikan mahkamah unuk perbicaraan ke atas Dato Maharaja Lela dan yang lelain-lelainnya di atas tuduhan membunuh Residen Perak pertama J.W.W Birch. Termasuklah Ngah Ibrahim sendiri bersama bapa mentuanya Laksamana Mohamad Amin telah dibuang ke kepulauan Seychelles. Juga telah dijadikan penjara untuk menahan orang-orang yang menentang pemerintahan British pada masa itu.

    Masa zaman pendudukan jepun pulak, kota ni telah dijadikan markas Jepun. Potong Kapara…. Malah, kesan kapal terbang jepun terhempas dekat kota ni pun leh nampak lagi.

Thursday 30 May 2013

Legoland, Johor

Legoland Malaysia merupakan sebuah taman tema yang dibuka di bandar Nusajaya, Johor, Malaysia pada 15 September 2012. Taman tema ini juga menyediakan lebih 40 tunggangan interaktif, persembahan dan tarikan. Ia juga merupakan taman tema Legoland yang pertama pernah dibuka di Asia semenjak penubuhannya.
-Pintu Masuk Legoland-
Di dalam Legoland, pengujung boleh menonton 4D movie yang merupkan aktiviti yang terbaharu.
Di dalam Legoland mempunyai seksyen yang bernama Miniland. Sekysen ini ialah bangunan-bangunan yang terkenal di dunia ini dipamerkan dengan menggunakan lego.
Bangunan-bangunan yang diperbuat daripada lego seperti Taj Mahal, Angkor Wat dan sebagainya.
Pengunjung yang datang ke sini mesti cuba Project X iaitu roller coaster.
  -Project X-
Di dalam Legoland, pengunjung juga mesti mengunjungi Obersation Tower.
Dengan ini, pengunjung dapat melihat pemandangan seluruh Legoland yang amat indah.
-Observation Tower-
Jika pengunjung suka aktiviti berair, anda boleh mengujungi seksyen Wave Racer.
-Wave Racer- 


Bukit Fraser, Pahang

Bukit Fraser terletak di negeri Pahang, di atas Banjaran Titiwangsa, Malaysia. Ia merupakan kawasan pelancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya sejuk 17~24 Celcius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,310 meter dari aras laut. Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser .



Pusat peranginan ini dianggap sebagai tempat terunggul untuk aktiviti memerhati burung dan sering menjadi tuan rumah acara tahunan Pertandingan Memerhati Burung Antarabangsa Bukit Fraser. Pertandingan ini memerlukan peserta menyusuri laluan-laluan trek yang terdapat di dalam hutan di sini bagi mencari dan merekodkan jumlah pelbagai jenis burung yang boleh dilihat dalam tempoh masa yang ditetapkan. Lebih daripada 250 spesis burung telah direkodkan di sini, termasuklah enggang, unggas berwarna- warni, helang dan spesis endemik.



Tarikan utama di Bukit Fraser merupakan warisan semulajadi, iaitu hutan hujan yang menghijau serta persekitaran tenang dan nyaman. Antara destinasi yang menjadi kunjungan para pelancong termasuklah Allan`s Water, sebuah tasik kecil ditukar dari resevior ke taman rekreasi dengan aktiviti berperahu; Jeriau Waterfall, air terjun yang agak keruh yang mengalir beberapa kilometer ke bawah cerun Bukit Fraser; Paddock, satu tempat untuk menunggang kuda; dan Gap Rest House, sebuah rumah besar ditinggalkan oleh penjajah.


Allan`s Water




Gap Rest House



 
Jeriau Waterfall



 

Paddock

Tanah Tinggi Genting, Pahang

Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting (2000m di atas paras laut 3°24′6.51″U, 101°46′2.62″T) ialah puncak gunung yang terletak dalam Banjaran Titiwangsa di Semenanjung Malaysia dan merupakan tempat peranginan yang terkenal di Malaysia.

Genting Highlands Resort kadang-kadang dikenali sebagai Las Vegas Malaysia kerana di sinilah didirikan satu-satunya kasino yang diniagakan secara sah di Malaysia.Genting Highlands Resort dibina oleh Tan Sri Lim Goh Tong dan kasino ini dikendali oleh Kumpulan Genting.

Kawasan percutian ini juga terdiri daripada beberapa hotel yang dimilik anak syarikat Genting, termasuk Genting Hotel, Highland Hotel, Resorts Hotel, Theme Park Hotel, Awana Genting dan First World Hotel. First World Hotel mempunyai sejumlah 6,118 bilik, menjadikannya hotel terbesar di dunia pada masa kini, mengatasi MGM Grand Las Vegas, bekas pemegang gelaran hotel terbesar di dunia dengan 6,118 bilik.





Kemudahan-kemudahan lain dalam kawasan percutian ini termasuk taman tema, padang golf, pusat beli-belah, simulator terjun langit, dewan konsert dan banyak lagi. Genting Highlands Resort juga menempatkan hutan berusia 100 juta tahun.

 



Taman Tema di Tanah Tinggi Genting, taman permainan berjuta-juta ringgit dengan lebih 40 tunggangan, menjadikannya taman tema terbesar di Malaysia. Terdapat begitu banyak keseronokan dan keseronokan di Taman Tema Dalaman dan Taman Tema Luaran dengan banyak pengembaraan mendebarkan untuk semua orang.


                      
 Taman Tema Luaran




Taman Air





Taman Tema Dalaman