Thursday 30 May 2013

Sunway Pyramid Dan Lagoon, Petaling Jaya

Sunway Pyramid ialah sebuah mercu tanda berbentuk pusat beli-belah yang terletak di pusat Petaling Jaya. Pusat beli-belah ini dibuka pada bulan Julai 1997 sebagai pusat beli-belah dan hiburan bertema yang terulung di Malaysia. Salah satu daripada ciri-ciri reka bentuk yang paling mudah dicam ialah bentuk piramid berilhamkan Mesir purba dengan patung singa besar yang "menjaga" di pintu masuk. Keseluruhan bangunan dihiasi gaya monumen, dilengkapi dengan hieroglif palsu yang menghiasi muka bangunan, disertakan patung dan ukiran berupa firaun dan rakyat Mesir purba.
Pengunjung juga boleh melawat ke pawagam, bermain bowling, ice skating
dan sebagainya yang terdapat di dalam Sunway Pyramid.
 -Pawagam TGV-
 -Sunway Mega Lanes-
-Sunway Pyramid Ice-
Di dalam Sunway Pyramid terdapat banyak restaurant yang amat terkenal seperti Shogun Japenese Buffet, Full House, Sakae Sushi dan sebagainya. Di dalam beberapa restaurant, pengunjung dapat melihat pemandang Sunway Lagoon dari atas.
Di tepi Sunway Pyramid mempunyai taman air yang bernama Sunway Lagoon. Pengunjung boleh membayar yuran asas untuk memasuki taman air, taman ria dan taman haiwan sahaja, atau yuran istimewa yang lebih mahal untuk ke dua taman lain iaitu Extreme Park dan Scream Park. Selepas membeli tiket, para pengunjung diberikan gelang tangan sebagai petanda kebenaran masuk.

Jika pengunjung berasa letih, anda boleh menginap semalam di Sunway Resort Hotel and Spa, The Duplex, Sunway Pyramid Tower, dan Pyramid Suites And Studios.

No comments:

Post a Comment