Thursday 30 May 2013

Bukit Fraser, Pahang

Bukit Fraser terletak di negeri Pahang, di atas Banjaran Titiwangsa, Malaysia. Ia merupakan kawasan pelancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya sejuk 17~24 Celcius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,310 meter dari aras laut. Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser .



Pusat peranginan ini dianggap sebagai tempat terunggul untuk aktiviti memerhati burung dan sering menjadi tuan rumah acara tahunan Pertandingan Memerhati Burung Antarabangsa Bukit Fraser. Pertandingan ini memerlukan peserta menyusuri laluan-laluan trek yang terdapat di dalam hutan di sini bagi mencari dan merekodkan jumlah pelbagai jenis burung yang boleh dilihat dalam tempoh masa yang ditetapkan. Lebih daripada 250 spesis burung telah direkodkan di sini, termasuklah enggang, unggas berwarna- warni, helang dan spesis endemik.



Tarikan utama di Bukit Fraser merupakan warisan semulajadi, iaitu hutan hujan yang menghijau serta persekitaran tenang dan nyaman. Antara destinasi yang menjadi kunjungan para pelancong termasuklah Allan`s Water, sebuah tasik kecil ditukar dari resevior ke taman rekreasi dengan aktiviti berperahu; Jeriau Waterfall, air terjun yang agak keruh yang mengalir beberapa kilometer ke bawah cerun Bukit Fraser; Paddock, satu tempat untuk menunggang kuda; dan Gap Rest House, sebuah rumah besar ditinggalkan oleh penjajah.


Allan`s Water




Gap Rest House



 
Jeriau Waterfall



 

Paddock

No comments:

Post a Comment