Tuesday 28 May 2013

Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor

Terkenal sebagai tempat percutian paling popular dalam dan luar negara, Teluk Nipah di Pulau Pangkor menjanjikan percutian yang menarik untuk dilawati seisi keluarga bukan sahaja kerana ia memiliki panorama yang indah, tetapi disebabkan keistimewaan lain yang dimilikinya.



Selain memiliki pantai yang bersih untuk bermandi-manda, pelbagai aktiviti rekreasi serta sukan air yang menarik untuk diterokai di dua buah pulau iaitu Pulau Mentangor dan Pulau Giam yang terletak berhadapan degan Teluk Nipah, iaitu 5 minit perjalanan dengan kayak atau bot.

Di Pulau Giam, airnya yang biru kehijauan dan jernih membolehkan penggemar sukan air melakukan pelbagai aktiviti termasuk snorkeling ‘menyelami’ batu karang, bermain jet ski, menunggang banana bot, berkayak, menikmati keindahan pantai dengan kapal layar serta menemui gamat.


 Lebih istimewa, pengunjung juga dapat merasai keseronokan dikelilingi pelbagai jenis ikan yang berwarna-warni yang sangat jinak berenang-renang di gigi air. Bagi para kaki pancing pulau pastinya boleh mengambil kesempatan membuang umpan di kawasan panatai Pulau Mentangor dan antara ikan yang paling senang dijinakkan di kawasan perairan pulau berkenaan ialah ikan kerapu.

Sementara itu, bagi pengunjung yang meminati adventure atau cintakan flora dan fauna boleh merentasi hutan dara Teluk Nipah serta menikmati keindahannya yang masih terpelihara.



No comments:

Post a Comment