Wednesday 29 May 2013

Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur

Menara Berkembar PETRONAS di Kuala Lumpur, Malaysia ialah sepasang menara berkembar yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Burj Khalifa dan Taipei 101. Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan juga merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20. Menara Berkembar Petronas memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 hingga 2004 dari segi ukuran dari aras pintu masuk utama hingga atas struktur

Dalam Menara Berkembar Petronas, pengunjung boleh mengunjungi Petrosains. Pusat Petrosains Petronas terletak di tingkat empat Suria KLCC dan menumpu pada industri penggalian minyak di Malaysia. Kanak-kanak digalakkan mengunjungi pusat ini. Petrosains dikenali dengan laluan Dark Ride, Flight Simulators dan Adventure, serta bahagian Molecular Magic, Geotime Formation dan Petrojaya.

Activity di dalam Petrosains iaitu 'Dark Ride'

Di dalam Menara Berkembar Petronas, pengunjung juga boleh melawat Aquaria KLCC iaitu taman dalam air yang terletak di bawah Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dalam kawasan pembangunan KLCC.

Dalam Menara Berkembar Petronas, pengunjung juga boleh melawat Dewan Filharmonik Petronas (DFP) iaitu dewan konsert pertama di Malaysia yang dibina khas untuk muzik klasik oleh Petronas.
                                 Pengunjung dapat menonton persembahan yang disembahkan oleh para seniman.

No comments:

Post a Comment