Wednesday, 29 May 2013

Tempat-Tempat Bersejarah



Melaka




Kota A Famosa












 

 

 

 

 

 Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.


 Terengganu


















  1.Bukit Puteri








Kalau ke Pasar Besar Kedai Payang, jangan lupa singgah di Bukit Puteri. Di atasnya terdapat rumah api, loceng gergasi (genta), meriam, kubu, bilik bermesyuarat dan beberapa kubur lama. 



Dari atas puncak kita boleh lihat pemandangan persisiran Terengganu di sepanjang muara hingga ke lauk dan pemandangan sekitar bandar Kuala Terengganu.Di atasnya terletak sebuah kota kecil, dibina awal kurun ke-19, semasa zaman pemerintahan Sultan Mansur II (1831-1836), Sultan Muhamad I (1836-1839) dan Sultan Umar (1839-1876) sebagai benteng kubu pertahanan yang digunakan untuk mempertahan raja-raja Terengganu daripada serangan musuh.




  2.Muzium Losong






Ini adalah muzium yang terbesar di Asia Tenggara. Terletak di Kg. Losong iaitu kira-kira 2km dari pusat bandar. (kalau hendak ke Taman Tamadun Islam, TTI mesti akan lalu depan muzium ni - untuk jalan darat)



Ia terdiri dari 4 blok bangunan muzium utama (Galeri Islam, Galeri Tekstil, Galeri Diraja, Galeri Sejarah, Galeri Kraf, Galeri Petroleum dan Galeri Ilmu Kejadian), muzium maritim (Galeri Perikanan &Taman Laut dan Galeri Pelayaran & Perdagangan), 5 buah rumah tradisional.





3. Pura Tanjung Sabtu





 














Ia adalah sebuah kompleks yang menempatkan beberapa buah rumah dan istana tradisional Melayu Terengganu. Rumah dan istana yang didirikan hampie berusia 200 tahun



4. Bukit Keledang


















Ia terletak di sekitar bandar Kuala Terengganu. Tepatnya terletak di pinggir Sungai Terengganu yang merupakan tapak awal sejarah kesultanan Terengganu. 



Dulu tempat ini menjadi pusat pentadbiran Sultan  Terengganu pertama iaitu Sultan Zainal Abidin I dan tempat ini juga dulunya merupakan pusat perdagangan. Tapi kini yang ada hanya tinggalan sejarah dan beberapa makam yang 'sepi'. Tak ramai orang Terengganu yang sedar akan kewujudan tempat ini. 





Pulau Pinang


 



Kota Cornwallis













Kota Cornwallis terletak di hujung George Town. Diuruskan secara persendirian, boleh dikunjungi dengan yuran masuk RM1. Kota yang menghadap ke pelabuhan ini membolehkan anda melihat kegiatan di persisiran pantai dan sebelah timur dengan jelas. Di kawasan barat laut kota ini terdapat selaras meriam Belanda Seri Rambai sedia ada di situ sejak tahun 1603. Wanita tempatan meletakkan jambangan bunga pada laras meriam sebagai satu kepercayaan untuk meningkatkan kesuburan mereka. Pada tahun 2000 kota ini telah dibaikpulih dan sebahagian dari parit telah dibina semula.





No comments:

Post a Comment